Sunday 11 December 2011

Refleksi Rancangan Pengajaran


Refleksi Rancangan Pengajaran

Selepas menamatkan Makro pengajaran  saya di dalam kelas,saya telah membuatkan refleksi berdasarkan cadangan –cadangan soalan yang berikut :
1)    Adakah  objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Objektif pengajaran saya tercapai kerana dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan ini, saya telah mengemukakan soalan tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak murid saya pada masa lapang. Mereka telah menjawab dengan seronok dan memberi jawapan yang munasabah. Set induksi ini telah berjaya mencapai objektif kerana telah menghubungkait tajuk karangan pada P&P ini. Selepas pengajaran ini, anak murid saya telah boleh membina ayat yang ringkas dengan perkataan yang diberi. Anak murid saya memberi balasan bahawa dengan cara menjawab soalan untuk menulis karangan adalah senang dan mudah.
2)    Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/aktif ?
Murid –murid saya didapati melibatkan diri secara aktif .Sebab semasa aktiviti pertanyaan dijalankan ,murid-murid menunjukkna balasan yang seronok dan  berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanyaan .Mereka  bersaing mengangkat tangan untuk menjawabkan soalan yang ditanya oleh saya. Walaupun tidak semestinya setiap individu dapat dipilih untuk menjawab soalan,akan tetapi murid-murid masih menunjukkan semangat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran saya secara aktif.
3)    Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya dijalankan?Mengapa?
Ya. saya memang telah  ubah sedikit rancangan pengajaran saya semasa pengajaran  dijalankan. Apabila saya ingin meminta murid-murid mengeluarkan buku teks meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks muka surat 98 dan juga meminta mereka mencatat penerangan saya, barulah saya perasan bahawa murid-murid telah meninggalkan buku teks dan alat bertulis mereka di dalam kelas kerana saya terlupa mengingatkan mereka membawa buku teks serta alat bertulis bersama mereka ke bilik komputer  untuk menjalankan P&P saya. Selain itu, perkataan yang terdapat dalam gambar itu terlampau susah. Bagi murid-murid yang lemah, mereka susah untuk memahami maksud perkataan dan juga susah untuk menggunakannya untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh saya. Saya terpaksa menggunakan bahasa ibunda mereka untuk menerangkan maksud perkataan dan juga bersama-sama mereka membincangkan  jawapan setiap soalan dahulu, barulah mengagihkan mereka dalam 5 kumpulan untuk mencatatkan jawapan perbincangan mereka dalam kertas mahjong yang telah saya sediakan. Selepas saya membincangkan jawapan bersama mereka, terdapat satu kumpulan murid memberitahu saya bahawa maksud perkataan dan juga cara menjawab soalan mereka belum mahir, jadi saya buatkan penjelasan yang ringkas semula sekali dan membimbing mereka menjawabnya. Saya tidak abaikan murid  kumpulan tersebut walaupun penjelasan tersebut mungkin menjejaskan kelancaran masa rancangan pengajaran saya . Saya anggap perubahan sedemikian harus dibuatkan kerana jika mendapati murid masih belum menguasai kemahiran menjawab, kita sebagai guru harus membuatkan penjelasan semula supaya murid tersebut berkeyakinan untuk cuba menjawab soalan.
4)    Apakah bantuan tambahan ,sokongan dan /atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
Saya berpendapat bahawa saya patut memasukkan setiap gambar bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh saya  dalam persembahan slide show, font dalam slide show haruslah lebih besar supaya senang dibaca. Selain itu, saya juga harus membahagikan kumpulan berdasarkan keupayaan murid. Dalam setiap kumpulan, terdapat murid yang pintar, sederhana dan lembap. Murid yang lembap tidak melibatkan diri disebabkan mereka menghadapi masalah memahami maksud perkataan dan menggunakannya bina ayat serta malu memberi pandangan. Mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Sebagai seorang guru, saya harus sentiasa  menggalakkan mereka agar mereka berkeyakinan untuk  memberi idea dan pandangan mereka dalam pelbagai aktiviti.  Persembahan slide show harus bersuara dan maklumatnya harus teliti dan jelas dilihat oleh murid-murid di dalam kelas supaya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar terhadap pelajaran. Dengan menggunakan TMk ,ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
5)    Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama,apakah yang saya akan buat secara berbeza ? Mengapa?
Saya akan menggabungkan Model Sim yang  berpusat kepada pelajar  dalam pengajaran saya . Saya mendapati  murid yang diajar masih berada di  tahap yang rendah, jadi saya bertanggungjawab menjelaskan maksud perkataan dengan bahasa yang mudah faham dan memberi peluang kepada setiap murid untuk cuba membina ayat dengan sendiri. Selain itu, saya juga harus membuat perubahan untuk membahagikan kumpulan. Saya boleh cuba membahagikan murid-murid dalam kumpulan pintar, kumpulan sederhana dan kumpulan lembap. Kaedah ini bemaksud semua murid yang setaraf dari segi penguasaan Bahasa Malaysia akan dibahagikan dalam kumpulan yang sama. Dengan ini, mereka tidak akan berperasaan takut dan malu untuk memberi pandangan diri. Selain itu, saya perlu menguangkaji pengalaman yang sedia ada pada murid-murid dengan secara ringkas supaya mengingatkan sesetengah murid telah terlupa. Bagi aktiviti pengajaran yang seterusnya, saya akan  meminta anak murid saya menggunakan kata hubung yang telah belajar untuk menyambungkan ayat-ayat yang dibina supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap.  Selain itu , untuk mengelakkan murid berasa bosan dan kurang minat melibatkan diri dalam pengajaran makro, saya  perlu menyediakan bahan-bahan yang menarik barulah mendapati tumpuan perhatian daripada semua murid. Misalnya gambar-gambar yang berwarna-warni serta slide show yang bersuara dan beranimasi. Akhirnya, saya harus membahagikan murid-murid dalam kumpulan pintar, kumpulan sederhana dan kumpulan lembap untuk menjalankan teknik perbincangan , teknik kuiz serta tekinik sumbangsaran .Kaedah ini ialah kaedah Model Sim yang  berpusat kepada pelajar  dalam pengajaran.

Belajar Membaca Bahagian 2


Belajar Membaca Bahagian 1


Abu Ada Ayam


Belajar Membaca


Asal-usul Melayu


Suku Kata Terbuka