Tarikh :8 November 2011
Hari : Selasa
Tahun : 4A
Bilangan murid : 15 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
Tajuk : Sayur-sayuran
Objektif Pengajaran : Murid-murid dapat meneliti gambar dan menghuraikan situasi
gambar.
Murid-murid dapat menulis karangan yang lengkap berdasarkan
perkataan dan gambar yang diberi.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir unit ini, guru dapat membimbing murid :
- Meneliti gambar dan menghuraikan situasi gambar.
- Menulis karangan yang lengkap berdasarkan perkataan dan
gambar yang diberi.
Kaedah Pembelajaran : Pembelajaran Kontekstual
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, kertas mahjong dan pen marker
Nilai : Rajin, berjimat cermat, menjaga kesihatan,menghargai masa
KBKK : Membuat keputusan, menghubung kait, menjana idea
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah menguasai kemahiran bina ayat.
Pengetahuan : Kesihatan
Tatabahasa : Ayat majmuk,kata kerja,kata hubung
Kosa Kata : terbiar, menanam sayur, mengutip hasil,matang
Aktiviti : 1. Set induksi.
2. Murid meneliti gambar yang diberi.
3. Murid menghuraikan situasi gambar.
4. Murid membina ayat berdasarkan gambar dan soalan yang diberi.
Impak : 12 orang murid dapat membina ayat yang lengkap
berdasarkan perkataan dan gambar yang diberi.
PLBS : Lim Yong Seng, Chew Hui Poh dan Tan Yan Pang
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
Permulaan / Mencungkil idea
( 5 min )
|
Membaca nama sayur-sayuran dalam petikan.
Menjawab soalan
|
Guru memaparkan sebuah petikan yang bertajuk “Kebun Datuk”. ( Rujuk Lampiran 1 )
Guru membimbing murid membaca seni kata petikan.
Guru membimbing murid membaca petikan mengikut tempo kastaned.
Guru mengeluarkan soalan, “murid-murid, apakah yang didapati di dalam petikan tersebut ?”
Guru menanya soalan kepada murid.
“Apakah yang kamu lakukan semasa masa lapang?”
Guru mengingatkan murid bahawa kita perlu bijak menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Guru meminta murid menyatakan beberapa aktiviti yang berfaedah yang sesuai dijalankan oleh mereka.
|
Murid-murid memerhati petikan “Kebun Datuk”.
Murid-murid membaca seni kata petikan.
Murid-murid membaca petikan mengikut tempo kastaned.
Murid-murid menjawab bahawa dalam petikan tersebut mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran.
Murid menjawab soalan guru.
Murid mengetahui bahawa bijak menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah.
Murid memberi pandangan kepada guru.
|
Strategi/ Teknik :
Membaca secara berkumpulan.
Sikap:
Penglibatan aktif
Strategi/ Teknik :
Soal-jawab keseluruhan kelas.
Nilai murni:
Menghargai masa
|
Menstruktur/ Menstruktur semula
( 17 min )
|
Meneliti dan
memahami isi kandungan teks.
|
Guru memberitahu murid tentang tajuk karangan yang hendak dipelajari pada hari ini ialah “Mengisi Masa Lapang”
Guru meminta murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks m/s 98.
(Rujuk lampiran 2)
Guru meminta murid menjelaskan maklumat yang terdapat dalam gambar secara lisan.
Guru meminta murid menyampailan cerita berdasarkan gambar secara lisan.
Guru memberitahu murid format karangan. Murid perlu menulis lima perenggan dalam karangan iaitu pendahuluan, isi pertama, isi kedua, isi ketiga dan penutup.
Guru mengagihkan murid-
murid dalam 5 kumpulan:
Kumplan 1 menjawab Soalan pendahuluan, kumpulan 2 menjawab soalan isi 1, kumpulan 3 menjawab soalan isi 2 , kumpulan 4 menjawab soalan isi 3 dan kumpulan 5 menjawab soalan penutup.
Guru memaparkan soalan dengan power point untuk dijawab oleh murid-murid berdasarkan gambar.
Guru mengedarkan kertas
mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan.
Soalan pendahuluan
1.Siapakah budak lelaki ttudan apa sifat baik padanya?
2.Bahagian manakah rumah budak ini terbiar?
3.Bagaimanakah keadaan tempat itu?
Soalan isi pertama
1.Apakah cadangan budak itu kepada ayahnya?( menanam di tempat lapang itu)
2.Apakah yang dilakukan oleh budak itu dan ayahnya?
3.Setelah menggembur tanah , budak itu dan ayahnya membubuh apa pada tanah supaya tanah subur?
Soalan isi kedua
1.Apa jenis sayur yang ditanam oleh Ali dan ayahnya?
2.Selepas membubuh benih sayur, apakah yang dibuat oleh budak itu pada setiap hari?
Soalan isi ketiga
1.Selepas dua bulan, bagaimanakah keadaan sayur-sayuran?
2.Apakah yang dibuat oleh Ali dan ayahnya selepas sayur-sayur matang?
3.Kepada siapakah ayah Ali menjual hasil tanamannya?
4.Adakah keluarga budak itu mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri?
Soalan penutup
1.Bagaimankah perasaan sekeluargan budak itu dan mengapakah mereka berperasaan itu?
2.Adakah keluarga budak itu mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri?
3.Bagaimankah perasaan sekeluarga budak itu dan mengapakah mereka berperasaan itu?
Guru memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.
Guru mengutip balik hasil
perbincangan murid yang telah disiapkan oleh setiap kumpulan dan menampal di papan putih.
|
Murid membuat tumpuan mengenai tajuk karangan yang hendak dipelajari.
Murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks.
Murid menjelaskan maklumat yang terdapat dalam gambar secara lisan.
Murid menyampaikan cerita berdasarkan gambar secara lisan.
Murid mendengar dan mencatat penerangan guru.
Murid bergerak membentuk 5 kumpulan.
Murid mengambil kertas mahjong dan pen marker yang diedarkan.
Murid-murid membincangkan soalan dan juga cuba menulis jawapan soalan yang dikemukakan di kertas mahjong dalam masa 5 minit .
Jawapan
1.Ali seorang budak yang rajin.
2.Rumah belakang Ali terbiar.
3.Rumah belakang Ali bersampah sarap dan bersemak samun.
1.Ali bercadang menanam sayur-sayuran di tanah lapang rumah belakang kepada ayahnya.
2.Ali dan ayahnya membersihkan kawasan lapang itu.
3.Setelah menggembur tanah, Ali dan ayahnya membubuh baja pada tanah supaya tanah subur.
1.Ali dan ayahnya menanam kacang panjang, sawi, bendi dan terung.
2.Selepas membubuh benih sayur,Ali menyiram sayur-sayuran itu pada setipa hari.
1.Selepas dua bulan, sayu-sayuran bertumbuh besar.
2.Ali dan ayahnya mengutip hasil.Selepas sayur-sayuran matang.
3.Ayah Ali menjual hasil tanamannya kepada pemborong sayur.
4.Kelurga Ali mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri.
1.Ali dan keluarganya berasa sangat gembira kerana dapat makan sayur yang segar dan mendapat wang dengan menjual sayuan itu .
2.Keluarga Ali mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri.
3.Ali dan keluarganya berasa sangat gembira kerana dapat makan sayur yang segar dan mendapat wang dengan menjual sayuan itu .
Murid menerima bimbingan guru.
Murid menyerahkan tugasan yang diberikan.
|
Strategi/ Teknik :
Pembelajaran Kontekstual
Sumber Pengajaran :
Buku teks
Nilai murni :
Rajin, berjimat-cermat
Strategi :
Perbincangan kumpulan
Sumber Pengajaran :
kertas mahjong dan pen marker power point
KBKK :
Membuat keputusan,
Menghubung kait
Nilai murni:
Bekerjasama,
Mematuhi peraturan
Tatabahasa:
Ayat majmuk, kata kerja
|
Aplikasi Idea
( 5 min )
|
Pembentang-an hasil perbincangan setiap kumpulan.
|
Cikgu meminta setiap
kumpulan menghantar seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
Guru berbincang dan membetulkan jawapan setiap kumpulan.
|
Seorang wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
Murid memberi pandangan kepada kumpulan lain.
|
Strategi : Pembentangan kumpulan
Nilai murni :
Berani
KBKK:
Menjana idea
|
Refleksi/ Penutup
( 3 min )
|
Guru membimbing murid membuat kesimpulan P&P hari ini.
|
Guru meminta murid menyatakan kebaikan menanam sayur sendiri.
Guru membuat kesimpulan
bahawa menanam sayur di kawasa rumah merupakan cara yang baik untuk menggunakan masa lapang. Kita juga boleh menggelakkan termakan racun tanaman. Selain itu, kita bolehlah berjimat wang dengan tidak perlu membeli sayur.
Guru meminta murid menulis sebuah karangan yang terdapat lima perenggan dalam kumpulan masing-masing dalam waktu yang seterusnya.
|
Murid memberi pandangan tentang kebaikan menanam sayur sendiri.
Murid memahami faedah menamam sayur-sayuran sendiri.
Murid menulis sebuah karangan yang terdapat lima perenggan dalam kumpulan masing-masing dalam waktu yang seterusnya.
|
Strategi Penyoalan keseluruhan kelas
KBKK :
Membuat keputusan
Nilai murni:
Menjaga kesihatan
PLBS:
Lim Yong Seng, Chew Hui Poh dan Tan Yan Pang
|
Refleksi Rancangan Pengajaran
Selepas
menamatkan Makro pengajaran saya di
dalam kelas,saya telah membuatkan refleksi berdasarkan cadangan –cadangan soalan
yang berikut :
1)
Adakah objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana
saya tahu?
Objektif pengajaran saya tercapai kerana
dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan
ini, saya telah mengemukakan soalan tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak murid
saya pada masa lapang. Mereka telah menjawab dengan seronok dan memberi jawapan
yang munasabah. Set induksi ini telah berjaya mencapai objektif kerana telah
menghubungkait tajuk karangan pada P&P ini. Selepas pengajaran ini, anak
murid saya telah boleh membina ayat yang ringkas dengan perkataan yang diberi.
Anak murid saya memberi balasan bahawa dengan cara menjawab soalan untuk
menulis karangan adalah senang dan mudah.
2)
Adakah murid
saya melibatkan diri secara produktif/aktif ?
Murid –murid saya didapati melibatkan
diri secara aktif .Sebab semasa aktiviti pertanyaan dijalankan ,murid-murid
menunjukkna balasan yang seronok dan
berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanyaan .Mereka bersaing mengangkat tangan untuk menjawabkan
soalan yang ditanya oleh saya. Walaupun tidak semestinya setiap individu dapat
dipilih untuk menjawab soalan,akan tetapi murid-murid masih menunjukkan
semangat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran saya secara aktif.
3)
Adakah saya
mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya dijalankan?Mengapa?
Ya. saya memang telah ubah sedikit rancangan pengajaran saya semasa
pengajaran dijalankan. Apabila saya
ingin meminta murid-murid mengeluarkan buku teks meneliti gambar yang terdapat
dalam buku teks muka surat 98 dan juga meminta mereka mencatat penerangan saya,
barulah saya perasan bahawa murid-murid telah meninggalkan buku teks dan alat
bertulis mereka di dalam kelas kerana saya terlupa mengingatkan mereka membawa
buku teks serta alat bertulis bersama mereka ke bilik komputer untuk menjalankan P&P saya. Selain itu,
perkataan yang terdapat dalam gambar itu terlampau susah. Bagi murid-murid yang
lemah, mereka susah untuk memahami maksud perkataan dan juga susah untuk menggunakannya
untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh
saya. Saya terpaksa menggunakan bahasa ibunda mereka untuk menerangkan maksud
perkataan dan juga bersama-sama mereka membincangkan jawapan setiap soalan dahulu, barulah
mengagihkan mereka dalam 5 kumpulan untuk mencatatkan jawapan perbincangan
mereka dalam kertas mahjong yang telah saya sediakan. Selepas saya
membincangkan jawapan bersama mereka, terdapat satu kumpulan murid memberitahu
saya bahawa maksud perkataan dan juga cara menjawab soalan mereka belum mahir,
jadi saya buatkan penjelasan yang ringkas semula sekali dan membimbing mereka
menjawabnya. Saya tidak abaikan murid
kumpulan tersebut walaupun penjelasan tersebut mungkin menjejaskan
kelancaran masa rancangan pengajaran saya . Saya anggap perubahan sedemikian
harus dibuatkan kerana jika mendapati murid masih belum menguasai kemahiran
menjawab, kita sebagai guru harus membuatkan penjelasan semula supaya murid
tersebut berkeyakinan untuk cuba menjawab soalan.
4)
Apakah bantuan
tambahan ,sokongan dan /atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?
Saya berpendapat bahawa saya patut
memasukkan setiap gambar bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh saya dalam persembahan slide show, font dalam
slide show haruslah lebih besar supaya senang dibaca. Selain itu, saya juga
harus membahagikan kumpulan berdasarkan
keupayaan murid. Dalam setiap kumpulan, terdapat murid yang pintar,
sederhana dan lembap. Murid yang lembap tidak melibatkan diri disebabkan mereka
menghadapi masalah memahami maksud perkataan dan menggunakannya bina ayat serta
malu memberi pandangan. Mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Sebagai
seorang guru, saya harus sentiasa menggalakkan mereka agar mereka berkeyakinan
untuk memberi idea dan pandangan mereka
dalam pelbagai aktiviti. Persembahan slide show harus bersuara dan
maklumatnya harus teliti dan jelas dilihat oleh murid-murid di dalam kelas
supaya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar terhadap pelajaran. Dengan
menggunakan TMk ,ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
5)
Jika saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid
yang sama,apakah yang saya akan buat secara berbeza ? Mengapa?
Saya akan menggabungkan
Model Sim yang berpusat kepada pelajar dalam pengajaran saya . Saya mendapati murid yang diajar masih berada di tahap yang rendah, jadi saya bertanggungjawab
menjelaskan maksud perkataan dengan bahasa yang mudah faham dan memberi peluang
kepada setiap murid untuk cuba membina ayat dengan sendiri. Selain itu, saya
juga harus membuat perubahan untuk membahagikan kumpulan. Saya
boleh cuba membahagikan murid-murid dalam kumpulan pintar, kumpulan sederhana
dan kumpulan lembap. Kaedah ini bemaksud semua murid yang setaraf dari segi
penguasaan Bahasa Malaysia akan dibahagikan dalam kumpulan yang sama. Dengan
ini, mereka tidak akan berperasaan takut dan malu untuk memberi pandangan diri.
Selain itu, saya perlu menguangkaji pengalaman yang sedia ada pada murid-murid
dengan secara ringkas supaya mengingatkan sesetengah murid telah terlupa. Bagi aktiviti pengajaran yang seterusnya, saya akan meminta anak murid saya menggunakan
kata hubung yang telah belajar untuk menyambungkan ayat-ayat yang dibina supaya
menjadi sebuah karangan yang lengkap. Selain itu , untuk mengelakkan murid berasa
bosan dan kurang minat melibatkan diri dalam pengajaran makro, saya perlu menyediakan bahan-bahan yang menarik
barulah mendapati tumpuan perhatian daripada semua murid. Misalnya
gambar-gambar yang berwarna-warni serta slide show yang bersuara dan
beranimasi. Akhirnya, saya harus membahagikan murid-murid dalam kumpulan
pintar, kumpulan sederhana dan kumpulan lembap untuk
menjalankan teknik perbincangan , teknik kuiz serta tekinik sumbangsaran
.Kaedah ini ialah kaedah Model Sim
yang berpusat kepada pelajar dalam pengajaran.