Sunday 11 December 2011

Refleksi Rancangan Pengajaran

Refleksi Rancangan Pengajaran

Selepas menamatkan Makro pengajaran  saya di dalam kelas,saya telah membuatkan refleksi berdasarkan cadangan –cadangan soalan yang berikut :
1)    Adakah  objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Objektif pengajaran saya tercapai kerana dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan ini, saya telah mengemukakan soalan tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak murid saya pada masa lapang. Mereka telah menjawab dengan seronok dan memberi jawapan yang munasabah. Set induksi ini telah berjaya mencapai objektif kerana telah menghubungkait tajuk karangan pada P&P ini. Selepas pengajaran ini, anak murid saya telah boleh membina ayat yang ringkas dengan perkataan yang diberi. Anak murid saya memberi balasan bahawa dengan cara menjawab soalan untuk menulis karangan adalah senang dan mudah.
2)    Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/aktif ?
Murid –murid saya didapati melibatkan diri secara aktif .Sebab semasa aktiviti pertanyaan dijalankan ,murid-murid menunjukkna balasan yang seronok dan  berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanyaan .Mereka  bersaing mengangkat tangan untuk menjawabkan soalan yang ditanya oleh saya. Walaupun tidak semestinya setiap individu dapat dipilih untuk menjawab soalan,akan tetapi murid-murid masih menunjukkan semangat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran saya secara aktif.
3)    Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya dijalankan?Mengapa?
Ya. saya memang telah  ubah sedikit rancangan pengajaran saya semasa pengajaran  dijalankan. Apabila saya ingin meminta murid-murid mengeluarkan buku teks meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks muka surat 98 dan juga meminta mereka mencatat penerangan saya, barulah saya perasan bahawa murid-murid telah meninggalkan buku teks dan alat bertulis mereka di dalam kelas kerana saya terlupa mengingatkan mereka membawa buku teks serta alat bertulis bersama mereka ke bilik komputer  untuk menjalankan P&P saya. Selain itu, perkataan yang terdapat dalam gambar itu terlampau susah. Bagi murid-murid yang lemah, mereka susah untuk memahami maksud perkataan dan juga susah untuk menggunakannya untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh saya. Saya terpaksa menggunakan bahasa ibunda mereka untuk menerangkan maksud perkataan dan juga bersama-sama mereka membincangkan  jawapan setiap soalan dahulu, barulah mengagihkan mereka dalam 5 kumpulan untuk mencatatkan jawapan perbincangan mereka dalam kertas mahjong yang telah saya sediakan. Selepas saya membincangkan jawapan bersama mereka, terdapat satu kumpulan murid memberitahu saya bahawa maksud perkataan dan juga cara menjawab soalan mereka belum mahir, jadi saya buatkan penjelasan yang ringkas semula sekali dan membimbing mereka menjawabnya. Saya tidak abaikan murid  kumpulan tersebut walaupun penjelasan tersebut mungkin menjejaskan kelancaran masa rancangan pengajaran saya . Saya anggap perubahan sedemikian harus dibuatkan kerana jika mendapati murid masih belum menguasai kemahiran menjawab, kita sebagai guru harus membuatkan penjelasan semula supaya murid tersebut berkeyakinan untuk cuba menjawab soalan.
4)    Apakah bantuan tambahan ,sokongan dan /atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
Saya berpendapat bahawa saya patut memasukkan setiap gambar bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh saya  dalam persembahan slide show, font dalam slide show haruslah lebih besar supaya senang dibaca. Selain itu, saya juga harus membahagikan kumpulan berdasarkan keupayaan murid. Dalam setiap kumpulan, terdapat murid yang pintar, sederhana dan lembap. Murid yang lembap tidak melibatkan diri disebabkan mereka menghadapi masalah memahami maksud perkataan dan menggunakannya bina ayat serta malu memberi pandangan. Mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Sebagai seorang guru, saya harus sentiasa  menggalakkan mereka agar mereka berkeyakinan untuk  memberi idea dan pandangan mereka dalam pelbagai aktiviti.  Persembahan slide show harus bersuara dan maklumatnya harus teliti dan jelas dilihat oleh murid-murid di dalam kelas supaya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar terhadap pelajaran. Dengan menggunakan TMk ,ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
5)    Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama,apakah yang saya akan buat secara berbeza ? Mengapa?
Saya akan menggabungkan Model Sim yang  berpusat kepada pelajar  dalam pengajaran saya . Saya mendapati  murid yang diajar masih berada di  tahap yang rendah, jadi saya bertanggungjawab menjelaskan maksud perkataan dengan bahasa yang mudah faham dan memberi peluang kepada setiap murid untuk cuba membina ayat dengan sendiri. Selain itu, saya juga harus membuat perubahan untuk membahagikan kumpulan. Saya boleh cuba membahagikan murid-murid dalam kumpulan pintar, kumpulan sederhana dan kumpulan lembap. Kaedah ini bemaksud semua murid yang setaraf dari segi penguasaan Bahasa Malaysia akan dibahagikan dalam kumpulan yang sama. Dengan ini, mereka tidak akan berperasaan takut dan malu untuk memberi pandangan diri. Selain itu, saya perlu menguangkaji pengalaman yang sedia ada pada murid-murid dengan secara ringkas supaya mengingatkan sesetengah murid telah terlupa. Bagi aktiviti pengajaran yang seterusnya, saya akan  meminta anak murid saya menggunakan kata hubung yang telah belajar untuk menyambungkan ayat-ayat yang dibina supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap.  Selain itu , untuk mengelakkan murid berasa bosan dan kurang minat melibatkan diri dalam pengajaran makro, saya  perlu menyediakan bahan-bahan yang menarik barulah mendapati tumpuan perhatian daripada semua murid. Misalnya gambar-gambar yang berwarna-warni serta slide show yang bersuara dan beranimasi. Akhirnya, saya harus membahagikan murid-murid dalam kumpulan pintar, kumpulan sederhana dan kumpulan lembap untuk menjalankan teknik perbincangan , teknik kuiz serta tekinik sumbangsaran .Kaedah ini ialah kaedah Model Sim yang  berpusat kepada pelajar  dalam pengajaran.

Belajar Membaca Bahagian 2

Belajar Membaca Bahagian 1

Abu Ada Ayam

Belajar Membaca

Asal-usul Melayu

Suku Kata Terbuka

Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                      :8 November 2011
Hari                                          : Selasa
Tahun                                      : 4A
Bilangan murid                        : 15 orang
Mata Pelajaran                        : Bahasa Melayu
Tema                                       : Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
Tajuk                                        : Sayur-sayuran
Objektif Pengajaran                 : Murid-murid dapat meneliti gambar dan menghuraikan situasi
                gambar.
               Murid-murid dapat menulis karangan yang lengkap berdasarkan                       
               perkataan dan  gambar yang diberi.
Hasil Pembelajaran                 : Pada akhir unit ini, guru dapat membimbing murid :  
                                                  -  Meneliti gambar dan menghuraikan situasi gambar.
                                                  -  Menulis karangan yang lengkap berdasarkan perkataan dan
                                                     gambar yang diberi.
Kaedah Pembelajaran            : Pembelajaran Kontekstual
Bahan Bantu Mengajar           : Buku teks, kertas mahjong dan pen marker
Nilai                                         : Rajin, berjimat cermat, menjaga kesihatan,menghargai masa
KBKK                                      : Membuat keputusan, menghubung kait, menjana idea
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid-murid telah menguasai kemahiran bina ayat.
Pengetahuan                           : Kesihatan
Tatabahasa                              : Ayat majmuk,kata kerja,kata hubung
Kosa Kata                                : terbiar, menanam sayur, mengutip hasil,matang
Aktiviti                                       : 1. Set induksi.
                                                   2. Murid meneliti gambar yang diberi.
                                                   3. Murid menghuraikan situasi gambar.
             4. Murid membina ayat berdasarkan gambar dan soalan yang diberi.
Impak                                       :  12 orang murid dapat membina ayat yang lengkap
                                                     berdasarkan perkataan dan gambar yang diberi.
PLBS                                       :  Lim Yong Seng, Chew Hui Poh dan Tan Yan Pang

Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Permulaan / Mencungkil idea
( 5 min )

Membaca nama sayur-sayuran dalam petikan.

Menjawab soalan
 
Guru memaparkan sebuah petikan yang bertajuk “Kebun Datuk”. ( Rujuk Lampiran 1 )
Guru membimbing murid  membaca seni kata petikan.
      
Guru membimbing murid membaca petikan mengikut tempo kastaned.

Guru mengeluarkan soalan,  “murid-murid, apakah yang   didapati di dalam petikan   tersebut ?”

Guru menanya soalan kepada        murid.
“Apakah yang kamu lakukan  semasa masa lapang?”

Guru mengingatkan murid  bahawa kita perlu bijak   menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Guru meminta murid menyatakan beberapa aktiviti   yang berfaedah yang sesuai dijalankan oleh mereka.

Murid-murid memerhati petikan “Kebun Datuk”.
Murid-murid membaca seni kata petikan.
Murid-murid membaca petikan mengikut tempo kastaned.

Murid-murid  menjawab bahawa  dalam petikan  tersebut mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran.

Murid menjawab soalan guru.

Murid mengetahui bahawa bijak menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah.

Murid memberi pandangan kepada guru.

Strategi/ Teknik :
Membaca secara berkumpulan.

Sikap:
Penglibatan aktif

Strategi/ Teknik :
Soal-jawab keseluruhan kelas.

Nilai murni:
Menghargai masa

Menstruktur/ Menstruktur semula
( 17 min )

Meneliti dan
memahami isi kandungan teks.

Guru memberitahu murid tentang tajuk karangan yang hendak dipelajari pada hari ini ialah “Mengisi Masa Lapang”

Guru meminta murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks m/s 98.
(Rujuk lampiran 2)

Guru meminta murid menjelaskan maklumat yang terdapat dalam gambar secara lisan.

Guru meminta murid menyampailan cerita berdasarkan gambar secara lisan.

Guru memberitahu murid format karangan. Murid perlu menulis lima perenggan dalam karangan iaitu pendahuluan, isi pertama, isi kedua, isi ketiga dan penutup.

Guru mengagihkan murid-
murid dalam 5 kumpulan:
Kumplan 1 menjawab Soalan pendahuluan, kumpulan 2 menjawab soalan isi 1, kumpulan 3 menjawab soalan isi 2 , kumpulan 4 menjawab soalan isi 3 dan  kumpulan 5 menjawab soalan penutup.

Guru memaparkan soalan dengan power point untuk dijawab oleh murid-murid berdasarkan gambar.

Guru mengedarkan kertas
mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan.

Soalan pendahuluan
1.Siapakah budak lelaki ttudan apa sifat baik padanya?

2.Bahagian manakah rumah budak ini terbiar?

3.Bagaimanakah keadaan tempat itu?
    
Soalan isi pertama
1.Apakah cadangan budak    itu kepada ayahnya?( menanam di tempat lapang itu)

2.Apakah yang dilakukan          oleh budak itu dan ayahnya?

3.Setelah menggembur tanah , budak itu dan ayahnya membubuh apa pada tanah supaya tanah subur?

Soalan isi kedua
1.Apa jenis sayur yang ditanam oleh Ali dan ayahnya?

2.Selepas membubuh benih  sayur, apakah yang dibuat oleh budak itu pada setiap hari?

Soalan isi ketiga
1.Selepas dua bulan,         bagaimanakah keadaan   sayur-sayuran?

2.Apakah yang dibuat oleh   Ali dan ayahnya selepas   sayur-sayur matang?

3.Kepada siapakah ayah Ali   menjual hasil tanamannya?

4.Adakah keluarga budak itu mengambil sedikit    sayur-sayuran untuk makan sendiri?

Soalan penutup
1.Bagaimankah perasaan        sekeluargan budak itu dan   mengapakah mereka  berperasaan itu?

2.Adakah keluarga budak itu mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri?

3.Bagaimankah perasaan sekeluarga budak itu dan mengapakah mereka  berperasaan itu?

Guru memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.

Guru mengutip balik hasil
perbincangan murid yang telah disiapkan oleh setiap kumpulan dan menampal di papan putih.

Murid membuat tumpuan mengenai tajuk karangan yang hendak dipelajari.

Murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks.

Murid menjelaskan maklumat yang terdapat dalam gambar secara lisan.

Murid menyampaikan cerita berdasarkan gambar secara lisan.

Murid mendengar dan mencatat penerangan guru.

Murid bergerak membentuk 5 kumpulan.

Murid mengambil kertas mahjong dan pen marker yang diedarkan.

Murid-murid membincangkan soalan dan juga cuba menulis jawapan soalan yang dikemukakan di kertas mahjong dalam masa 5 minit .

Jawapan
1.Ali seorang budak yang rajin.

2.Rumah belakang Ali terbiar.

3.Rumah belakang Ali bersampah sarap dan bersemak samun.

1.Ali bercadang menanam sayur-sayuran di tanah lapang rumah belakang kepada ayahnya.

2.Ali dan ayahnya membersihkan kawasan lapang itu.

3.Setelah menggembur tanah, Ali dan ayahnya membubuh baja pada tanah supaya tanah subur.

1.Ali dan ayahnya menanam kacang panjang, sawi, bendi dan terung.

2.Selepas membubuh benih sayur,Ali menyiram sayur-sayuran itu pada setipa hari.

1.Selepas dua bulan, sayu-sayuran bertumbuh besar.

2.Ali dan ayahnya mengutip hasil.Selepas sayur-sayuran matang.

3.Ayah Ali menjual hasil tanamannya kepada pemborong sayur.

4.Kelurga Ali mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri.

1.Ali dan keluarganya berasa sangat gembira kerana dapat makan sayur yang segar dan mendapat wang dengan menjual sayuan itu .

2.Keluarga Ali mengambil sedikit sayur-sayuran untuk makan sendiri.

3.Ali dan keluarganya berasa sangat gembira kerana dapat makan sayur yang segar dan mendapat wang dengan menjual sayuan itu .

Murid menerima bimbingan guru.

Murid menyerahkan tugasan yang diberikan.

Strategi/ Teknik :
Pembelajaran Kontekstual

Sumber Pengajaran :
Buku teks

Nilai murni :
Rajin, berjimat-cermat

Strategi :
Perbincangan kumpulan

Sumber Pengajaran :
kertas mahjong dan pen marker power point

KBKK :
Membuat keputusan,
Menghubung kait

Nilai murni:
Bekerjasama,
Mematuhi peraturan

Tatabahasa:
Ayat majmuk,   kata kerja

Aplikasi Idea
( 5 min )

Pembentang-an hasil perbincangan setiap kumpulan.

Cikgu meminta setiap
 kumpulan menghantar     seorang wakil untuk  membentangkan hasil perbincangan  masing-masing.

Guru berbincang dan membetulkan jawapan setiap kumpulan.

Seorang wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.

Murid memberi pandangan kepada kumpulan lain.

Strategi : Pembentangan kumpulan
Nilai murni :
Berani

KBKK:
Menjana idea

Refleksi/ Penutup
( 3 min )

Guru membimbing murid membuat kesimpulan P&P hari ini.

Guru meminta murid menyatakan kebaikan menanam sayur sendiri.

Guru membuat kesimpulan
bahawa menanam sayur di   kawasa rumah merupakan cara yang baik untuk menggunakan masa lapang. Kita juga boleh menggelakkan termakan racun tanaman. Selain itu, kita bolehlah berjimat wang dengan tidak perlu membeli sayur.

Guru meminta murid menulis sebuah karangan yang terdapat lima perenggan dalam kumpulan masing-masing dalam waktu yang seterusnya.

Murid memberi pandangan tentang kebaikan menanam sayur sendiri.

Murid memahami faedah menamam sayur-sayuran sendiri.

Murid menulis sebuah karangan yang terdapat lima perenggan dalam kumpulan masing-masing dalam waktu yang seterusnya.

Strategi Penyoalan keseluruhan kelas

KBKK :
Membuat keputusan

Nilai murni:
Menjaga kesihatan

PLBS:
Lim Yong Seng, Chew Hui Poh dan         Tan Yan Pang